Terkadang
Hilang bukan untuk menyepi
Cuma aku mahu membawa diri
Agar aku tahu hidup sendiri
Bagaimana untuk berdikari
Tanpa siapa di sisi
Dan kalau aku tak pernah rapuh
Aku takkan mampu kental
Jadi biarkan aku rapuh, ranap, rabak
Nanti aku mampu jadi kebal
Tapi kenapa sayang
Makin lama makin jauh
Jurang yang kau cipta
Antara kita berdua
Tak mengapa
Kalau itu yang buat
Kau bahagia, kau gembira
Tak mengapa
Aku sanggup menahan
Rasa sakit
Terima kasih juga
Bila kepercayaan
Bila kesetiaan
Bila kasih sayang
Yang aku beri selama ini
Kau hancurkan dalam sekelip mata
Terima kasih sayang
Setiap hari
Aku cuba untuk senyum
Aku cuba berlagak biasa
Tapi hati aku hancur
Bila semuanya yang aku harap
Musnah satu persatu
Dengan permainan kau.
Kau tk pernah cuba
Untuk mengerti
Apatah lagi memahami
Mungkin
Apa yang aku minta
Cukup keterlaluan bagi kau
Walau sekadar cuma perhatian
Jangan tanya
Kenapa begitu lama aku menyepi
Jangan tanya
Mana aku menghilangkan diri
Kerana aku cuba
Untuk memperbaiki
Hati ini.
- Ed

No comments:
Post a Comment