Monday, 23 March 2015

Duri Dalam Daging

Assalamualaikum uolls! Today, we will learn a Malay Peribahasa which isss "Duri Dalam Daging"

Memandangkan kita nak belajar Peribahasa Melayu, untuk blog kali ini I akan buat sepenuhnya dalam Bahasa Melayu okayyy *wink*
Jadi, apa itu Duri Dalam Daging yang saya maksudkan? Haaa meh sini nak bagi maksud dia ea...

Bagai Duri Dalam Daging.
Maksud: Sesuatu hal yang amat tidak menyenangkan
Contoh: A dan B telah membina syarikat bersama sama, tapi B merupakan duri dalam daging kerana mensabotaj rakannya sendiri, A, dengan menubuhkan syarikat lain untuk menjatuhkan A

Haa lebih kurang macam tu lah contoh dia. Dan ada peribahasa yang sama seperti duri dalam daging ni seperti:
- Musuh dalam selimut
- Gunting dalam lipatan

Maksud dia sama je sebenarnya. Jadi persoalan disini, mengapa wujudnya manusia seperti ini? Sabotaj dalaman boleh berlaku secara sengaja dan terancang, secara tidak sengaja malah juga secara terang-terangan walaupun tidak diakui oleh mereka yang melakukannya. Sama dengan sebuah keluarga, sesebuah institusi mahupun organisasi boleh dengan mudah berkubur dengan berlakunya sabotaj dalaman ini. Barang kali dalam hal ini, mereka yang terlibat mungkin tidak sedar perbuatannya itu adalah sabotaj dalaman yang amat berbahaya, hakikatnya ia boleh terjadi dan kerap dapat kita lihat paparannya di dada media. Seseorang itu boleh melompat kerja atau pun bertukar 'tuannya,' tetapi kerahsiaan dan menghormati mereka yang pernah membantu kita apatah lagi yang memberi peluang untuk kita ke hadapan tentunya amat penting dalam apa jua keadaan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130214/re_06/Sabotaj-dalaman-Organisasi-boleh-mudah-berkubur#ixzz3VBGPFzqU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Apa yang I nak sampaikan kat sini, berhentilah menjadi duri dalam daging. I tak faham kenapa ada sesetengah orang akan bertindak sedemikian, lebih lebih lagi terhadap kawan sendiri yang dah lama kenal dan dah bersetuju untuk menubuhkan syarikat bersama sama tapi akhirnya keadaan menjadi lain. Pelik kan. Ada jugak wujud manusia macam ni. Well, zaman sekarang ni macam macam boleh berlaku. Nasihat saya, berhati hatilah dengan seseorang itu tidak kiralah dia kawan kita ke apa, kalau dia nak buat benda yang uolls tak sangka, dia akan buat. Dah banyak kali dah benda macam ni berlaku dekat diri sendiri. Tapi, hidup mesti diteruskan no matter what. Haa kannn dengan tak semena mena haha. Dah la sebelum I merepek meraban, better I stop sekarang lah ye. My advice is, sometimes you cant trust someone that means so much to you. Aduhh, I cant lah using all Malay words haha bajet much. Well then, gtg now! Its time for lunchy munchy! 

P/S: Sorry kalau post kalini amat membosankan haha kbye

Lots of Love,
Ed 


No comments:

Post a Comment