Kadang kadang aku terfikir
Aku ni penting kah dalam hidup kau?
Ataupun
Mungkin
Aku ini cuma hanya seperti boneka
Yang boleh dipermainkan begitu sahaja
Sungguh
Aku rindukan kau
Seperti pungguk rindukan bulan
Setiap hari aku menunggu kau pulang dari kerja
Dan aku berharap
Bahawa kau dapat luangkan masa kau untuk aku
Tapi tidak
Harapan aku hancur
Musnah begitu sahaja
Kau kata jarak bukan penghalang
Komunikasi itu penting dalam sesuatu hubungan
Kau janji kau akan terus bahagiakan aku
Tapi kau bahagiakan aku dengan janji janji manis kau
Tipu kalau aku kata aku tidak rindukan kau
Aku tidak memerlukan kau
Tapi kau seperti tidak memerlukan aku
Dulu lain, sekarang lain
Aku sakit
Mengahadapi kerinduan ini setiap hari setiap malam
Kenapa kau lakukan sebegini terhadap aku
Apa kau tidak sayang lagi sama aku?
Apa kau tidak cinta lagi sama aku?
Atau apa kau tidak kisah lagi sama aku?
Sayang
Sungguh aku rindu
Saat kita bersama seperti dahulu
- Ed